Tuesday, 23 August 2011

Kenangan Lalu

Kenangan..Penduduk Kg.Pengalat Besar pernah menjadikan dewan serba guna Kg.Pengalat Besar sebagai masjid sementara bila masjid baharu belum siap dibina...Gambar solat Tarawaih di Dewan Serbaguna yang dijadikan masjid sementara dulu.

MINIT MESYUARAT PERTAMA KETUA-KETUA BIRO MASJID KG.PENGALAT BESAR PAPAR .


Tarikh    : 25.7.2011 (iSNIN)
Masa     : 8.00 Malam.
Tempat  : Rumah Tn.Hj.Imam Sudin Osman.

Agenda :

            1.         Perutusan Pengerusi
            2.         Laporan Ketua – ketua Biro
            3.         Laporan Bendahari Terkini.
            4.         Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar.
            5.         Hal-Hal Lain
            6.         Ucapan Penangguhan Pengerusi.
           
Kehadiran :


1. En.Suhaili Hj.Sudin                 ( Pengerusi )
2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar           ( Tim.Pengerusi )
3. Tn.Hj.Jailani Riasin                 (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
4. Hjh.Jubaidah Hj.Sudin.            (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
5. En.Jasri Amir Abjul                 (Tim.Setiausaha )
6. En.Abd.Rashid Alan                ( Bendahari )
7. En.Daud Alan                         (Tim.Bandahari)
8. En.Wasli Hj.Madiasin              (Ketua Biro Penerangan dan Publisiti )
9. En.Adanan Hj.Nasir                (Ketua Biro Kebajikan Umah )
10. En.Yahya Nordin                  (Ketua Biro Pendidikan dan  dakwah )      
11. En.Suhaimi Saidi                   (Ketua Biro Penyelangaraan dan Keceriaan )      
12. Cik Suraya Hj.Harun                        (Ketua Biro Hal-Ehwal Muslimah )     












 1. Perutusan Pengerusi Masjid  Kg.Pengalat Besar Papar (En.Suhaili Hj.Sudin)

1.1        Beliau mengalu-alukan kehadiran  semua ahli mesyuarat  menjelaskan tujuan perjumpaan kali ini
              adalah untuk mengemaskini AJK dan perancangan setiap Biro/Kariah.

1.2        Beliau amat berharap setiap kariah telahpun merancang dan melantik aJk kecil masing-masing dan membuat laporan mengenainya.Setiap laporan akan dihantar kepada setiausaha untuk tindakan perlantikan rasmi oleh pengerusi masjid nanti.

1.3        Pengerusi juga akan membincangkan dalam mesyuarat ini mengenai jadual bertugas imam dan bilal untuk sembahyang terawih sepanjang bulan Ramadhan ini.


2. Laporan Setiap Biro.

2.1        Biro Penyelengaraan dan Keceriaan;

            Ketua                ; En.Suhaimi Saidi
            Penasihat          ; Tn.Hj.Arif Samad, En.Basni Jaffar dan En.Rosley Hj.Md.Lair.

             (Rujuk Laporan bertulis yang diagihkan).

Cadangan :-
1.Penambahan paip untuk tujuan berwuduk.
2.Tangki dipasang lebih tinggi ( 10 kaki) dan jumlah tangki ditambah kerana tekanan air semakin   
    berkurangan memerlukan tangki.
3. Pam air sudah rosak dan perlu diganti.
4. Pintu masjid (aras 1 dan pintu aras 2) dibaiki agar ianya boleh tertutup dengan sendiri (spring pintu)
    untuk mengelakkan binatang masuk mengotorkan masjid.
5. Jam penunjuk waktu sembahyang perlu disediakan.
6. Jadual tugas untuk pembersihan masjid terutama pada hari Jumaat (kawasan dalam masjid dan
     kawasan tandas)

Makluman:- Pengerusi berharap setiap biro menyediakan laporan bertulis yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha untuk memudahkan rujukan.


2.2        Biro  Pendidikan Dan Dakwah;

            Ketua                :  En.Yahya Nordin
            Penasihat          ; Tn.Hj.Wadin Gansau, Tn.Hj.Sudin Hashim.
Laporan bertulis akan dihantar kepada setiausaha nanti.

Cadangan:-
1.  Program pengajian Al-Quran perlu diteruskan dan akan dihebahkan secara meluas untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti kelas ini.

2. Menganjurkan ceramah-ceramah agama dan majlis ilmu.
2.   Biro Kebajikan Umah;

            Ketua                : En.Adanan Hj.Nasir
            Penasihat          ; Tn.Hj Ismail Parhang, Tn.Hj.Daim Bidin , Tn.Hj.Dahlin Abang.

Laporan bertulis akan disediakan kemudian.

Cadangan agar Khairat kematian dipisahkan dari Kariah Kebajikan Umah dan mesyuarat sebulat suara bersetuju menubuhkan Kariah Khairat Kematian dipengerusikan oleh Tn,Hj.Mailin dan En.Daud Alan sebagai Tim.Pengerusi.Perkara ini  akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat AJK Kariah masjid nanti.


2.4    Biro Hal-Ehwal Muslimah ;

              Ketua              ; Cik.Suraya Hj.Harun
            Penasihat          ;Pn.Hjh.Jubaidah Hj.Sudin, Pn.Hjh Siah Gansau.
Laporan bertulis akan disediakan kemudian.

Cadangan:-

1. Kursus Fardhu Kifayah untuk penduduk kampong.
2.Peralatan memandikan jenazah perlu ada dimasjid untuk kegunaan penduduk.
3. Almari untuk menyimpan sejadah dan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk supaya lebih kemas   
   dan bersih.
4.Alas plastik yang tebal untuk membungkus peralatan seperti sejadah .
5. Vakum/hampagas (penyedut habuk) perlu diganti kerana yang ada sekarang tidak berfungsi dengan
     baik.

*Makluman terdapat dua buah almari telah disedekahkan oleh “Hamba Allah” atas usaha Pn.Hjh.Jubaidah.


2.5        Biro  Penerangan Publisiti;

            Ketua                ;    En.Wasli Hj.Madiasin
            Penasihat          ;   Tn.Hj.Jailani Riasin, Tn.Hj.Jalil Mesir.

Cadangan:-

1. Sentiasa membantu kariah-kariah lain untuk menghebahkan semua aktiviti masjid kepada masyarakat
    kampung.
2. Menggunakan gendang/baduk untuk tujuan hebahan selain menggunakan media cetak yang ada.
3. Memperluaskan fungsi masjid dengan menggunakan P.A Sistem Masjid untuk tujuna hebahan sesuatu
    majlis dan juga memaklumkan berita kematian kepada masyarakat setempat.
4. Majlis Kenduri Menyambut Ramadhan pada 28.7.2011 telahpun dihebahkan melalui poster dan telah 
    ditampal di surau-surau dan hebahan melalui pembesar suara Masjid Kg.Pengalat Besar juga akan
    dibuat.

3. Laporan Terkini Bendahari (En.Abd.Rashid Alan).

3.1        Baki terkini di bank ialah RM 32,527.75
Wang tunai dalam tangan ialah RM 1,229.15 .

3.2        Bendahari juga mengedarkan borang memohon peruntukan kewangan daripada bendahari untuk tujuan penyelarasan.

3.3        Mesyuarat bersetuju melantik En.Ahmad Jeman sebagai sebagai pembantu khas bendahari dan menjadi ketua  untuk mengurus wang Tabung Jumaat.
 
3.4.         Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju dengan penarikan diri bendahari En.Abd.Rashid Alan atas sebab masalah keluarga.tempat beliau akan diisi oleh En.Daud yang sebelum ini menjawat jawatan Tim.Bendahari.Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK Kariah Masjid nanti.


5.  Hal-hal lain

5.1  Mesyuarat bersetuju penggunaan pembesar suara di masjid digunakan untuk mengumumkan sesuatu
       perkara penting seperti kematian dan mengadakan sesuatu majlis keagamaan.
       Jika kematian berlaku sebelum jam 9.00 malam akan diumumkan pada malam tersebut tetapi jika
       kematian berlaku selepas jam 9.00 malam akan dimaklumkan pada waktu subuh dan pagi hari  
       esoknya.
                                                                                                          Tindakan Biro Penerangan Publisiti.

5.2  Senarai giliran Imam Tarawih akan dibuat dan dilekatkan di papan kenyataan masjid secepat mungkin.

                                                                                                                 Tindakan S/usaha dan Pengerusi.

5.3  Sepanjang sembahyang tarawih,jemaah wanita dibolehkan bersembahyang diaras 1 (di belakang)
       jemaah lelaki jika keadaan/ruang mengizinkan.
                                                                                                                                             Makluman.
5.4  Mesyuarat sebulat suara bersetuju AJK Kariah Masjid menyediakan makan minum untuk malam  
       pertama hingga malam ke tiga Ramadhan.
                                                                                                                  Tindakan Biro Kebajikan Umah.

5.5 Mesyuarat juga bersetuju untuk kegunaan setiausaha dan ketua ketua biro disediakan satu set
      komputer dan printer serta alat-alat yang berkaitan dan diletakkan di bilik gerakan AJK Kariah Masjid
      Kg.Pengalat Besar.
                                                                                                                           Tindakan Pengerusi Masjid.

5.6 Mesyuarat juga mencadangkan setiap ketua biro disediakan fail mesyuarat.

                                                                                                    Tindakan setiausaha dan Pengerusi Masjid.




6.   Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Masjid.

-  Pengerusi sekali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Kariah Hal-
   Ehwal Muslimah di atas penyediaan jamuan ringan pada mesyuarat kali ini.
-  Pengerusi berharap segala yang telah dirancangkan akan dapat dilaksanakan dan semua cadangan
   dalam mesyuarat ini akan dibawa ke mesyuarat AJK Kariah Masjid nanti.

* Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.
* Jamuan ringan.


Disediakan oleh :



Jasri Amir Abjul
Tim.Setiausaha,
AJK Masjid Kg.Pengalat Besar , Papar



Dicadang Untuk Pengesahan Minit oleh :  (                                                                       )

                                                                    _____________________________________
                                             


                Disokong oleh :                         (                                                                       )

                                                                   _____________________________________
                                             



MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK MASJID KG.PENGALAT BESAR PAPAR .


Tarikh    : 13.7.2011 (Rabu)
Masa     : 8.00 Malam.
Tempat  : Bilik Mesyuarat Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.

Agenda :

            1.         Perutusan Pengerusi
            2.         Penubuhan Biro dan Perlantikan Ketua Biro
            3.         Laporan Bendahari
            4.         Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar.
            5.         Hal-Hal Lain
            6.         Ucapan Penangguhan Pengerusi / Doa Selamat
            7.         Jamuan Makan Malam


Kehadiran :


1. En.Suhaili Hj.Sudin                 ( Pengerusi )
2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar           ( Tim.Pengerusi )
3. Tn.Hj.Useh Jaya                     (KK Pengalat Besar )
4. 5. Tn.Hj.Majid Jumat                           (JKKK Sekayan Papar )
6. Tn.Hj.Jailani Riasin                 (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
7. Tn.Hj.Arip Samad                   (Penasihat Biro Penyelengaraan dan Keceriaan )
8. Tn.Hj.Jalil Mesir                      (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
9. Tn.Hj.Dahlin Abang.                (Penasihat Biro Kebajikan Umah )
10.Tn.Hj Sudin Hj.Hashim.          (Penasihat Biro Pendidikan Dan Dakwah )
11. Tn.Hj.Daim Bidin.                  (Penasihat Biro Kebajikan Umah )
12. Hjh.Jubaidah Hj.Sudin.          (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
13. Hjh.Siah Gansau                   (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
14. En.Wahab Hj.Manjitar            (Penasihat Biro Belia/Rakan Masjid )
15. En.Rosley Hj.Md.Lair            (Penasihat Biro Penyelangaraan dan Keceriaan)
16. En.Jasri Amir Abjul                (Tim.Setiausaha )
17. En.Abd.Rashid Alan                          ( Bendahari )
18. En.Daud Alan                      (Tim.Bandahari)
19. En.Mazlan Mandin                (Juruaudit )
20. En.Wasli Hj.Madiasin           (Ketua Biro Penerangan dan Publisiti )
21. En.Adanan Hj.Nasir              (Ketua Biro Kebajikan Umah )
22. En.Yahya Nordin                 (Ketua Biro Pendidikan dan  dakwah )      
23. En.Suhaimi Saidi                  (Ketua Biro Penyelangaraan dan Keceriaan )      
24. Cik Suraya Hj.Harun              (Ketua Biro Hal-Ehwal Muslimah )     
25. Shalawati Ibrahim
26. Pn.Yantey Adam




 1. Perutusan Pengerusi Masjid  Kg.Pengalat Besar Papar (En.Suhaili Hj.Sudin)

1.1        Beliau menhargai komitmen dan berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sudi   meluangkan masa mengahdiri mesyuarat ini walaupun ianya diadakan di waktu malam.Pengerusi       menjelaskan kesuntukan masa memaksa beliau mengadakan mesyuarat ini secepat mungkin          terutama merancang aktiviti sempena bulan Ramadhan ini.

1.2        Beradasarkan mandat yang diberikan oleh ahli mesyuarat yang lalu,beliau akan menyusun dan       memperkemaskan AJK Masjid ini dengan menubuhkan biro-biro tertentu dan berharap akan    mendapat kerjasama erat dari semua pihak terutama golongan tua yang amat diperlukan          pandangan dan pendapat mereka.

1.3        Pengerusi kemudian memperkenalkan AJK Masjid yang dipilih oleh beliau berdasarkan mandat      yang telah diberikan. AJK yang dilantik adalah:-

            Setiausaha        : En.Nerawi Hj.Diasin.
            Tim.Setiausaha : En.Jasri Amir Abjul.
             Tim.Bendahari  : En.Daud Alan
            Juruaudit           : 1. En.Mazlan Mandin.
                                         2. (Akan dilantik kemudian).

2. Penubuhan Biro dan perlantikan Ketua Biro.

2.1        Biro Kebajikan Umah;
            Ketua                : En.Adanan Hj.Nasir
            Penasihat          ; Tn.Hj Ismail Parhang, Tn.Hj.Daim Bidin , Tn.Hj.Dahlin Abang.

2.2        Biro Pendidikan Dan Dakwah;
            Ketua                :  En.Yahya Nordin
            Penasihat          ; Tn.Hj.Wadin Gansau, Tn.Hj.Sudin Hashim.

2.3        Biro Penerangan Publisiti;
            Ketua                ;    En.Wasli Hj.Madiasin
            Penasihat          ;   Tn.Hj.Jailani Riasin, Tn.Hj.Jalil Mesir.

2.4        Biro Penyelengaraan dan Keceriaan;
            Ketua                ; En.Suhaimi Saidi
            Penasihat          ; Tn.Hj.Arif Samad, En.Basni Jaffar dan En.Rosley Hj.Md.Lair.

2.5        Biro Hal-ehwal Muslimah ;
              Ketua              ; Cik.Suraya Hj.Harun
            Penasihat          ;Pn.Hjh.Jubaidah Hj.Sudin, Pn.Hjh Siah Gansau.


2.6        Biro Belia/Rakan Masjid ;
              Ketua              ; (calon akan dilantik kemudian)
            Penasihat          ; En.Wahab Hj.Manjitar, En.Rahim Hj.Lasim.


**Semua Ketua Biro akan bermasyuarat  membantuk AJK masing-masing.

            Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik

            Tn.Hj.Ramli Tajudin (Ketua kampung Sekayan),
            Tn.Hj.Useh Jaya ( Ketua kampung Pengalat Besar),   dan
            Tn.Hj Majid Jumat (JKKK Kg.Sekayan),
            Menjadi Penasihat Utama kepada AJK Induk Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.
     

3. Laporan Bendahari (En.Abd.Rashid Alan).

3.1        Setelah meneliti laporan yang disediakan,mesyuarat sebulat suara menerima laporan         Bendahari.Baki wang di dalam akaun bank ialah RM 31,907.21 dan wang tunai dalam tangan
            RM 424.35 .

3.2        Mesyuarat juga bersetuju memilih Agro bank/Bank Pertanian sebagai bank untuk simpanan         wang  AJK Masjid Kg.Pengalat Besar Papar dan tiga orang penama buku simpanan tersebut ialah
            Pengerusi,Bendahari dan Setiausaha. Kuasa menanda tangan untuk keluaran wang adalah         seperti berikut;
             1.Bendahari bersama Pengerusi atau
            2. Bendahari bersama Setiausaha.

3.3        Mesyuarat bersetuju melantik En.Ahmad Jeman sebagai ketua bagi wang Tabung Jumaat.
            Ketua Biro Penyelengaraan dan Keceriaan pula diberi kuasa menyelia pekerja masjid yang telah
            dilantik.

3.4.         Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju bendahari dibenarkan memegang wang tunai maksimum  
            sebanyak RM 1 000.00 (RM Satu Ribu ).

4. Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.

4.1        Kenduri Kesyukuran Menyambut Ramadhan.
            Mesyuarat bersetuju mengadakan majlis tersebut melalui Biro Hal-ehwal Muslimah  
            yang akan dibuat pada;-

            Tarikh  :          28.7.2011 (Khamis)
            Masa    :          8.00 malam (Lepas sembahyang Isya).

4.2        Mesyuarat juga memutuskan “Makan Moreh” sepanjang bulan Ramadhan ini mengikut kaedah        lama iaitu atas keikhlasan penduduk menghantar makanan.Walau bagaimanapun pihak AJK         Masjid (Biro Kebajikan & Biro Muslimah) akan sentiasa bersedia.
            Borang Senarai Nama Peserta Moreh akan dibuat oleh Biro Kebajikan.

4.3        Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan Biro Penyelengaraan dan Keceriaan akan        mengadakan gotong royong membersihkan Masjid Kg.Pengalat Besar pada 23.7.2011 (Sabtu).

4.4        Mesyuarat sebulat suara bersetuju meneruskan program pengajian Al-Quran yang dikendalikan       oleh Ust.Maruf Ishak.

            Biro Penerangan dan Publisiti diminta menghebahkan perkara-perkara ini untuk makluman   penduduk Kampung Pengalat Besar Papar.


5.  Hal-hal lain

5.1        Nama masjid Kg.Pengalat Besar akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat akan datang         selepas merujuk kepada pihak-pihak berkenaan.
                                                                                                                                                     Makluman.


5.2        Hjh.Jubaidah mencadang agar disediakan ruang khas untuk memandikan mayat.Perkara ini akan
            dibincangkan lebih lanjut nanti dan buat sementara waktu bolehlah digunakan ruang dihadapan        tandas.

                                                                                                               Makluman dan tindakan AJK Masjid.

5.3        En.Wahab Hj.Manjitar mencadangkan disediakan carta organisasi lengkap bergambar dan dipaparkan di papan kenyataan masjid.
                                                                                                        Tindakan Setiausaha dan Biro Keceriaan.

5.4        Hjh.Jubaidah Hj.Sudin mencadangkan almari /kabinet khas untuk menyimpan pinggan mangkuk     masjid.

                                                                                                                 Tindakan Pengerusi dan Setiausaha

5.5        En.Mailin Hj.Manjitar barharap AJK Masjid sentiasa komited dan sudi hadir dalam setiap    mesyuarat yang akan datang.Beliau amat berbesar hati dengan kesudian AJK baru yang dengan             rela memberikan khidmat walaupun tahu AJK Masjid ini tidak dibayar gaji hanya beramal semata-          mata.

                                                                                                   Makluman dan Tindakan semua AJK Masjid.

5.6        En.Rosley Hj.Md.Lair menyampaikan derma ikhlas RM 500.00 kepada bendahari untuk kenduri      Kesyukuran Menyambut Ramadhan dan berharap masyarakat Kg.Santing dijemput memeriahkan          majlis kenduri tersebut.

                                                                                       Tindakan Bendahari / Biro Penerangan dan Publisiti.


5.7        En.Yahya Nordin mencadangkan AJK Masjid menyediakan garis panduan atau perlembagaan dan didaftarkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul nanti.

                                                                                                               Tindakan Pengerusi dan Setiausaha.


6.   Ucapan Penangguhan dan Doa Selamat.

- Pengerusi berharap segala yang telah dirancangkan akan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab semua AJK dan hanya Allah yang akan membalas segala amal baik yang dilakukan.
- bacaan doa selamat oleh pengerusi.

* Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.05 malam.
* Jamuan makan.


Disediakan oleh :



Jasri Amir Abjul
Tim.Setiausaha,
AJK Masjid Kg.Pengalat Besar , Papar



Dicadang Untuk Pengesahan Minit oleh :  (                                                                       )

                                                                    _____________________________________
                                             


                Disokong oleh :                         (                                                                       )

                                                                   _____________________________________