Tarikh : 25.7.2011 (iSNIN)
Masa : 8.00 Malam.
Tempat : Rumah Tn.Hj.Imam Sudin Osman.
Agenda :
1. Perutusan Pengerusi
2. Laporan Ketua – ketua Biro
3. Laporan Bendahari Terkini.
4. Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar.
5. Hal-Hal Lain
6. Ucapan Penangguhan Pengerusi.
Kehadiran :
1. En.Suhaili Hj.Sudin ( Pengerusi )
2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar ( Tim.Pengerusi )
3. Tn.Hj.Jailani Riasin (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
4. Hjh.Jubaidah Hj.Sudin. (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
5. En.Jasri Amir Abjul (Tim.Setiausaha )
6. En.Abd.Rashid Alan ( Bendahari )
7. En.Daud Alan (Tim.Bandahari)
8. En.Wasli Hj.Madiasin (Ketua Biro Penerangan dan Publisiti )
9. En.Adanan Hj.Nasir (Ketua Biro Kebajikan Umah )
10. En.Yahya Nordin (Ketua Biro Pendidikan dan dakwah )
11. En.Suhaimi Saidi (Ketua Biro Penyelangaraan dan Keceriaan )
12. Cik Suraya Hj.Harun (Ketua Biro Hal-Ehwal Muslimah )
1. Perutusan Pengerusi Masjid Kg.Pengalat Besar Papar (En.Suhaili Hj.Sudin)
1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat menjelaskan tujuan perjumpaan kali ini
adalah untuk mengemaskini AJK dan perancangan setiap Biro/Kariah.
1.2 Beliau amat berharap setiap kariah telahpun merancang dan melantik aJk kecil masing-masing dan membuat laporan mengenainya.Setiap laporan akan dihantar kepada setiausaha untuk tindakan perlantikan rasmi oleh pengerusi masjid nanti.
1.3 Pengerusi juga akan membincangkan dalam mesyuarat ini mengenai jadual bertugas imam dan bilal untuk sembahyang terawih sepanjang bulan Ramadhan ini.
2. Laporan Setiap Biro.
2.1 Biro Penyelengaraan dan Keceriaan;
Ketua ; En.Suhaimi Saidi
Penasihat ; Tn.Hj.Arif Samad, En.Basni Jaffar dan En.Rosley Hj.Md.Lair.
(Rujuk Laporan bertulis yang diagihkan).
Cadangan :-
1.Penambahan paip untuk tujuan berwuduk.
2.Tangki dipasang lebih tinggi ( 10 kaki) dan jumlah tangki ditambah kerana tekanan air semakin
berkurangan memerlukan tangki.
3. Pam air sudah rosak dan perlu diganti.
4. Pintu masjid (aras 1 dan pintu aras 2) dibaiki agar ianya boleh tertutup dengan sendiri (spring pintu)
untuk mengelakkan binatang masuk mengotorkan masjid.
5. Jam penunjuk waktu sembahyang perlu disediakan.
6. Jadual tugas untuk pembersihan masjid terutama pada hari Jumaat (kawasan dalam masjid dan
kawasan tandas)
Makluman:- Pengerusi berharap setiap biro menyediakan laporan bertulis yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha untuk memudahkan rujukan.
2.2 Biro Pendidikan Dan Dakwah;
Ketua : En.Yahya Nordin
Penasihat ; Tn.Hj.Wadin Gansau, Tn.Hj.Sudin Hashim.
Laporan bertulis akan dihantar kepada setiausaha nanti.
Cadangan:-
1. Program pengajian Al-Quran perlu diteruskan dan akan dihebahkan secara meluas untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti kelas ini.
2. Menganjurkan ceramah-ceramah agama dan majlis ilmu.
2. Biro Kebajikan Umah;
Ketua : En.Adanan Hj.Nasir
Penasihat ; Tn.Hj Ismail Parhang, Tn.Hj.Daim Bidin , Tn.Hj.Dahlin Abang.
Laporan bertulis akan disediakan kemudian.
Cadangan agar Khairat kematian dipisahkan dari Kariah Kebajikan Umah dan mesyuarat sebulat suara bersetuju menubuhkan Kariah Khairat Kematian dipengerusikan oleh Tn,Hj.Mailin dan En.Daud Alan sebagai Tim.Pengerusi.Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat AJK Kariah masjid nanti.
2.4 Biro Hal-Ehwal Muslimah ;
Ketua ; Cik.Suraya Hj.Harun
Penasihat ;Pn.Hjh.Jubaidah Hj.Sudin, Pn.Hjh Siah Gansau.
Laporan bertulis akan disediakan kemudian.
Cadangan:-
1. Kursus Fardhu Kifayah untuk penduduk kampong.
2.Peralatan memandikan jenazah perlu ada dimasjid untuk kegunaan penduduk.
3. Almari untuk menyimpan sejadah dan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk supaya lebih kemas
dan bersih.
4.Alas plastik yang tebal untuk membungkus peralatan seperti sejadah .
5. Vakum/hampagas (penyedut habuk) perlu diganti kerana yang ada sekarang tidak berfungsi dengan
baik.
*Makluman terdapat dua buah almari telah disedekahkan oleh “Hamba Allah” atas usaha Pn.Hjh.Jubaidah.
2.5 Biro Penerangan Publisiti;
Ketua ; En.Wasli Hj.Madiasin
Penasihat ; Tn.Hj.Jailani Riasin, Tn.Hj.Jalil Mesir.
Cadangan:-
1. Sentiasa membantu kariah-kariah lain untuk menghebahkan semua aktiviti masjid kepada masyarakat
kampung.
2. Menggunakan gendang/baduk untuk tujuan hebahan selain menggunakan media cetak yang ada.
3. Memperluaskan fungsi masjid dengan menggunakan P.A Sistem Masjid untuk tujuna hebahan sesuatu
majlis dan juga memaklumkan berita kematian kepada masyarakat setempat.
4. Majlis Kenduri Menyambut Ramadhan pada 28.7.2011 telahpun dihebahkan melalui poster dan telah
ditampal di surau-surau dan hebahan melalui pembesar suara Masjid Kg.Pengalat Besar juga akan
dibuat.
3. Laporan Terkini Bendahari (En.Abd.Rashid Alan).
3.1 Baki terkini di bank ialah RM 32,527.75
Wang tunai dalam tangan ialah RM 1,229.15 .
3.2 Bendahari juga mengedarkan borang memohon peruntukan kewangan daripada bendahari untuk tujuan penyelarasan.
3.3 Mesyuarat bersetuju melantik En.Ahmad Jeman sebagai sebagai pembantu khas bendahari dan menjadi ketua untuk mengurus wang Tabung Jumaat.
3.4. Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju dengan penarikan diri bendahari En.Abd.Rashid Alan atas sebab masalah keluarga.tempat beliau akan diisi oleh En.Daud yang sebelum ini menjawat jawatan Tim.Bendahari.Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK Kariah Masjid nanti.
5. Hal-hal lain
5.1 Mesyuarat bersetuju penggunaan pembesar suara di masjid digunakan untuk mengumumkan sesuatu
perkara penting seperti kematian dan mengadakan sesuatu majlis keagamaan.
Jika kematian berlaku sebelum jam 9.00 malam akan diumumkan pada malam tersebut tetapi jika
kematian berlaku selepas jam 9.00 malam akan dimaklumkan pada waktu subuh dan pagi hari
esoknya.
Tindakan Biro Penerangan Publisiti.
5.2 Senarai giliran Imam Tarawih akan dibuat dan dilekatkan di papan kenyataan masjid secepat mungkin.
Tindakan S/usaha dan Pengerusi.
5.3 Sepanjang sembahyang tarawih,jemaah wanita dibolehkan bersembahyang diaras 1 (di belakang)
jemaah lelaki jika keadaan/ruang mengizinkan.
Makluman.
5.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju AJK Kariah Masjid menyediakan makan minum untuk malam
pertama hingga malam ke tiga Ramadhan.
Tindakan Biro Kebajikan Umah.
5.5 Mesyuarat juga bersetuju untuk kegunaan setiausaha dan ketua ketua biro disediakan satu set
komputer dan printer serta alat-alat yang berkaitan dan diletakkan di bilik gerakan AJK Kariah Masjid
Kg.Pengalat Besar.
Tindakan Pengerusi Masjid.
5.6 Mesyuarat juga mencadangkan setiap ketua biro disediakan fail mesyuarat.
Tindakan setiausaha dan Pengerusi Masjid.
6. Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi Masjid.
- Pengerusi sekali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Kariah Hal-
Ehwal Muslimah di atas penyediaan jamuan ringan pada mesyuarat kali ini.
- Pengerusi berharap segala yang telah dirancangkan akan dapat dilaksanakan dan semua cadangan
dalam mesyuarat ini akan dibawa ke mesyuarat AJK Kariah Masjid nanti.
* Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.
* Jamuan ringan.
Disediakan oleh :
Jasri Amir Abjul
Tim.Setiausaha,
AJK Masjid Kg.Pengalat Besar , Papar
Dicadang Untuk Pengesahan Minit oleh : ( )
_____________________________________
Disokong oleh : ( )
_____________________________________
No comments:
Post a Comment