Tarikh : 13.7.2011 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam.
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.
Agenda :
1. Perutusan Pengerusi
2. Penubuhan Biro dan Perlantikan Ketua Biro
3. Laporan Bendahari
4. Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar.
5. Hal-Hal Lain
6. Ucapan Penangguhan Pengerusi / Doa Selamat
7. Jamuan Makan Malam
Kehadiran :
1. En.Suhaili Hj.Sudin ( Pengerusi )
2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar ( Tim.Pengerusi )
3. Tn.Hj.Useh Jaya (KK Pengalat Besar )
4. 5. Tn.Hj.Majid Jumat (JKKK Sekayan Papar )
6. Tn.Hj.Jailani Riasin (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
7. Tn.Hj.Arip Samad (Penasihat Biro Penyelengaraan dan Keceriaan )
8. Tn.Hj.Jalil Mesir (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )
9. Tn.Hj.Dahlin Abang. (Penasihat Biro Kebajikan Umah )
10.Tn.Hj Sudin Hj.Hashim. (Penasihat Biro Pendidikan Dan Dakwah )
11. Tn.Hj.Daim Bidin. (Penasihat Biro Kebajikan Umah )
12. Hjh.Jubaidah Hj.Sudin. (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
13. Hjh.Siah Gansau (Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )
14. En.Wahab Hj.Manjitar (Penasihat Biro Belia/Rakan Masjid )
15. En.Rosley Hj.Md.Lair (Penasihat Biro Penyelangaraan dan Keceriaan)
16. En.Jasri Amir Abjul (Tim.Setiausaha )
17. En.Abd.Rashid Alan ( Bendahari )
18. En.Daud Alan (Tim.Bandahari)
19. En.Mazlan Mandin (Juruaudit )
20. En.Wasli Hj.Madiasin (Ketua Biro Penerangan dan Publisiti )
21. En.Adanan Hj.Nasir (Ketua Biro Kebajikan Umah )
22. En.Yahya Nordin (Ketua Biro Pendidikan dan dakwah )
23. En.Suhaimi Saidi (Ketua Biro Penyelangaraan dan Keceriaan )
24. Cik Suraya Hj.Harun (Ketua Biro Hal-Ehwal Muslimah )
25. Shalawati Ibrahim
26. Pn.Yantey Adam
1. Perutusan Pengerusi Masjid Kg.Pengalat Besar Papar (En.Suhaili Hj.Sudin)
1.1 Beliau menhargai komitmen dan berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sudi meluangkan masa mengahdiri mesyuarat ini walaupun ianya diadakan di waktu malam.Pengerusi menjelaskan kesuntukan masa memaksa beliau mengadakan mesyuarat ini secepat mungkin terutama merancang aktiviti sempena bulan Ramadhan ini.
1.2 Beradasarkan mandat yang diberikan oleh ahli mesyuarat yang lalu,beliau akan menyusun dan memperkemaskan AJK Masjid ini dengan menubuhkan biro-biro tertentu dan berharap akan mendapat kerjasama erat dari semua pihak terutama golongan tua yang amat diperlukan pandangan dan pendapat mereka.
1.3 Pengerusi kemudian memperkenalkan AJK Masjid yang dipilih oleh beliau berdasarkan mandat yang telah diberikan. AJK yang dilantik adalah:-
Setiausaha : En.Nerawi Hj.Diasin.
Tim.Setiausaha : En.Jasri Amir Abjul.
Tim.Bendahari : En.Daud Alan
Juruaudit : 1. En.Mazlan Mandin.
2. (Akan dilantik kemudian).
2. Penubuhan Biro dan perlantikan Ketua Biro.
2.1 Biro Kebajikan Umah;
Ketua : En.Adanan Hj.Nasir
Penasihat ; Tn.Hj Ismail Parhang, Tn.Hj.Daim Bidin , Tn.Hj.Dahlin Abang.
2.2 Biro Pendidikan Dan Dakwah;
Ketua : En.Yahya Nordin
Penasihat ; Tn.Hj.Wadin Gansau, Tn.Hj.Sudin Hashim.
2.3 Biro Penerangan Publisiti;
Ketua ; En.Wasli Hj.Madiasin
Penasihat ; Tn.Hj.Jailani Riasin, Tn.Hj.Jalil Mesir.
2.4 Biro Penyelengaraan dan Keceriaan;
Ketua ; En.Suhaimi Saidi
Penasihat ; Tn.Hj.Arif Samad, En.Basni Jaffar dan En.Rosley Hj.Md.Lair.
2.5 Biro Hal-ehwal Muslimah ;
Ketua ; Cik.Suraya Hj.Harun
Penasihat ;Pn.Hjh.Jubaidah Hj.Sudin, Pn.Hjh Siah Gansau.
2.6 Biro Belia/Rakan Masjid ;
Ketua ; (calon akan dilantik kemudian)
Penasihat ; En.Wahab Hj.Manjitar, En.Rahim Hj.Lasim.
**Semua Ketua Biro akan bermasyuarat membantuk AJK masing-masing.
Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik
Tn.Hj.Ramli Tajudin (Ketua kampung Sekayan),
Tn.Hj.Useh Jaya ( Ketua kampung Pengalat Besar), dan
Tn.Hj Majid Jumat (JKKK Kg.Sekayan),
Menjadi Penasihat Utama kepada AJK Induk Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.
3. Laporan Bendahari (En.Abd.Rashid Alan).
3.1 Setelah meneliti laporan yang disediakan,mesyuarat sebulat suara menerima laporan Bendahari.Baki wang di dalam akaun bank ialah RM 31,907.21 dan wang tunai dalam tangan
RM 424.35 .
3.2 Mesyuarat juga bersetuju memilih Agro bank/Bank Pertanian sebagai bank untuk simpanan wang AJK Masjid Kg.Pengalat Besar Papar dan tiga orang penama buku simpanan tersebut ialah
Pengerusi,Bendahari dan Setiausaha. Kuasa menanda tangan untuk keluaran wang adalah seperti berikut;
1.Bendahari bersama Pengerusi atau
2. Bendahari bersama Setiausaha.
3.3 Mesyuarat bersetuju melantik En.Ahmad Jeman sebagai ketua bagi wang Tabung Jumaat.
Ketua Biro Penyelengaraan dan Keceriaan pula diberi kuasa menyelia pekerja masjid yang telah
dilantik.
3.4. Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju bendahari dibenarkan memegang wang tunai maksimum
sebanyak RM 1 000.00 (RM Satu Ribu ).
4. Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.
4.1 Kenduri Kesyukuran Menyambut Ramadhan.
Mesyuarat bersetuju mengadakan majlis tersebut melalui Biro Hal-ehwal Muslimah
yang akan dibuat pada;-
Tarikh : 28.7.2011 (Khamis)
Masa : 8.00 malam (Lepas sembahyang Isya).
4.2 Mesyuarat juga memutuskan “Makan Moreh” sepanjang bulan Ramadhan ini mengikut kaedah lama iaitu atas keikhlasan penduduk menghantar makanan.Walau bagaimanapun pihak AJK Masjid (Biro Kebajikan & Biro Muslimah) akan sentiasa bersedia.
Borang Senarai Nama Peserta Moreh akan dibuat oleh Biro Kebajikan.
4.3 Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan Biro Penyelengaraan dan Keceriaan akan mengadakan gotong royong membersihkan Masjid Kg.Pengalat Besar pada 23.7.2011 (Sabtu).
4.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju meneruskan program pengajian Al-Quran yang dikendalikan oleh Ust.Maruf Ishak.
Biro Penerangan dan Publisiti diminta menghebahkan perkara-perkara ini untuk makluman penduduk Kampung Pengalat Besar Papar.
5. Hal-hal lain
5.1 Nama masjid Kg.Pengalat Besar akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat akan datang selepas merujuk kepada pihak-pihak berkenaan.
Makluman.
5.2 Hjh.Jubaidah mencadang agar disediakan ruang khas untuk memandikan mayat.Perkara ini akan
dibincangkan lebih lanjut nanti dan buat sementara waktu bolehlah digunakan ruang dihadapan tandas.
Makluman dan tindakan AJK Masjid.
5.3 En.Wahab Hj.Manjitar mencadangkan disediakan carta organisasi lengkap bergambar dan dipaparkan di papan kenyataan masjid.
Tindakan Setiausaha dan Biro Keceriaan.
5.4 Hjh.Jubaidah Hj.Sudin mencadangkan almari /kabinet khas untuk menyimpan pinggan mangkuk masjid.
Tindakan Pengerusi dan Setiausaha
5.5 En.Mailin Hj.Manjitar barharap AJK Masjid sentiasa komited dan sudi hadir dalam setiap mesyuarat yang akan datang.Beliau amat berbesar hati dengan kesudian AJK baru yang dengan rela memberikan khidmat walaupun tahu AJK Masjid ini tidak dibayar gaji hanya beramal semata- mata.
Makluman dan Tindakan semua AJK Masjid.
5.6 En.Rosley Hj.Md.Lair menyampaikan derma ikhlas RM 500.00 kepada bendahari untuk kenduri Kesyukuran Menyambut Ramadhan dan berharap masyarakat Kg.Santing dijemput memeriahkan majlis kenduri tersebut.
Tindakan Bendahari / Biro Penerangan dan Publisiti.
5.7 En.Yahya Nordin mencadangkan AJK Masjid menyediakan garis panduan atau perlembagaan dan didaftarkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul nanti.
Tindakan Pengerusi dan Setiausaha.
6. Ucapan Penangguhan dan Doa Selamat.
- Pengerusi berharap segala yang telah dirancangkan akan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab semua AJK dan hanya Allah yang akan membalas segala amal baik yang dilakukan.
- bacaan doa selamat oleh pengerusi.
* Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.05 malam.
* Jamuan makan.
Disediakan oleh :
Jasri Amir Abjul
Tim.Setiausaha,
AJK Masjid Kg.Pengalat Besar , Papar
Dicadang Untuk Pengesahan Minit oleh : ( )
_____________________________________
Disokong oleh : ( )
_____________________________________
TAHNIAH....SELAMAT MAJUJAYA..AMIN...
ReplyDeleteSYABAS DAN TAHNIAH..izin share
ReplyDelete